Skip to: Site menu | Main content

Tahukah anda...

Ramai diantara kita yang telah syirik kepada Allah dengan meminta bantuan daripada bomoh yang menggunakan mentera-mentera serta jampi yang tidak menuruti kehendak Islam.

Jauhilah syirik, Carilah Redha Allah.

 

“ Sebenarnya ayat-ayat amalan Ulama yang di warisi Rasulullah s.a.w sudah lama menjadi benteng dan penyembuh untuk DIRI, KELUARGA dan RUMAHTANGGA daripada gangguan makhlus halus secara berkesan!! ”

Memperkenalkan Set CD Siri Perubatan Islam

" Al-Roqyah Al-Syare’yah "

iaitu himpunan ayat-ayat amalan Para Ulama yang terbukti dapat menyelesaikan masalah berkaitan mahkluk halus yang lazim terjadi dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Renungan...

Adakah masalah anda akan selesai jika anda berubat dengan ustaz-ustaz yang berkebolehan tetapi anda sendiri tidak mempunyai pendinding diri? Berkemungkinan besar, jika penyakit anda sembuh, 'benda' tersebut akan datang sekali lagi kerana anda lemah dan tidak mempunyai pendinding diri.

 

Kini, anda sendiri dapat merawat dan membenteng diri anda daripada gangguan makhlus halus !!

Apakah masalah yang lazim berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia?

Masalah Lazim 1 - Gangguan Jin

Jin itu sendiri berkenan atau hanya ingin membuat kacau lalu masuk ke dalam diri seseorang. Lazimnya terjadi kepada sesiapa yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri iaitu ayat-ayat Al-Quran.

Simptom yang mungkin berlaku:

  • Histeria.
  • Merasuk (tidak sedarkan diri) semasa di hutan atau di tempat-tempat tertentu.
  • Rasa rendah diri.
  • Ketakutan.
  • Fikiran bercelaru.

 

Masalah Lazim 2 - Sihir.

Jin diarahkan oleh Tukang Sihir untuk merasuk atau masuk ke dalam diri seseorang atau rumahtangga. Biasanya ia berpunca dari sifat hasad dengki, membalas dendam dan sebagainya.

Simptom yang mungkin berlaku :

  • Lebam pada badan.
  • Kesan gigitan pada badan.
  • Tidak boleh bangun untuk bekerja dan melakukan aktiviti harian.
  • Rasa rendah diri dan tiada keyakinan diri.
  • Premis perniagaan tiba-tiba tidak mendapat pelanggan.
  • Ternampak bayangan objek di dalam rumah.
  • Di kacau ketika beribadah.
  • Hubungan dalam keluarga menjadi dingin.
  • Terkena pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan lain-lain.

 

Masalah Lazim 3 - Saka.

Warisan daripada anggota keluarga terdahulu yang meninggal dunia ataupun sudah diberitahu awal untuk ia (Jin) pergi kepada seseorang setelah tuannya meninggal dunia. Juga boleh terjadi apabila seseorang telah disihir atau terkena gangguan jin lalu meninggal dunia, maka jin tersebut berpindah kepada anak atau cucu mangsa (keturunan).

Simptom yang mungkin berlaku :

  • Mimpi ular, harimau, buaya dan lain-lain.
  • Histeria.
  • Teringat akan sesorang yang sudah meninggal dunia.
  • Ketakutan.
  • Terdengar bisikan arahan untuk membuat sesuatu.
  • dan pelbagai masalah lain seumpamanya.
  

Selain itu, set Perubatan Islam ini juga terbukti ( dengan izin Allah Ta'ala) dapat menyembuhkan dan mencegah penyakit lain seperti:

  • Santau
  • Susuk
  • Pukau
  • Anak-anak yang degil dan tidak mendengar arahan
  • Perniagaan/premis yang disihir
  • Perbalahan suami-isteri
  • Pendarahan yang berterusan ( istihadhah)
  • Anak-anak menangis diwaktu malam

    dan segala masalah kejiwaan dan konflik rohani serta fizikal...

Apakah Al-Rogyah Al-Syare’yah?

Al-Rogyah Al-Syare’yah adalah wirid-wirid (bacaan) perlindung diri yang terdapat didalam Al-Quran dan Hadith. Ayat-ayat ini juga telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w semasa hayat Baginda. Kini, para ulama telah menetapkan beberapa ayat didalam Al-Quran yang boleh menjadi pendinding diri dan penawar segala penyakit kerohanian.

Apakah kelebihan dan keistimewaan Al-Rogyah Al-Syare’yah?

TIP!

Pengamal perubatan Islam adalah mereka yang menggunakan ayat Al-Rogyah Al-Syare’yah dan membacanya secara terang dan jelas serta dapat didengari. Jika ada yang membaca secara berkumat-kamit dan aneh bacaannya serta menggunakan asap (kemenyan) semasa terapi dijalankan, berkemungkinan ianya menggunakan jin dan tidak mengikut cara pengubatan Islam yang betul. Ketahui lebih lanjut : KLIK SINI


TIP!

Mengamal dan membaca Al-Rogyah Al-Syare’yah bukannya khusus kepada orang yang sedang menderita terkena gangguan sahaja tetapi sangat sesuai dijadikan pendinding diri kepada semua. Islam menggalakkan umatnya mencegah dan membuat persediaan dari mengubati.


Testimoni pengguna CD ini

Testimoni 1 - Akhbar Bacaria bertarikh 7 Jun 2006.

Laporan khas mengenai peristiwa yang berlaku kepada keluarga En. Jamal Hasyim selapas menggunakan CD Al-Roqyah Al-Syare'yah.

akhbar1

CD2

CD3

akhbar4

 

Testimoni 2

" Dulu saya terkena gangguan Jin yang menyebabkan saya tidak boleh fokus kepada pelajaran. Yang paling teruk, saya langsung tidak boleh menjejakkan kaki ke sekolah. Ada saja yang tak kena. Berasa malas, sedih, dan serba tak kena. Akhirnya, selepas mendapatkan rawatan daripada Ustaz Ahmad Dasuki, beliau menyarankan saya mendengar CD Al-Rogyah Al-Syare'yah ini. Alhamdulillah, sekarang saya sudah kembali pulih. Dengan izin Allah juga, sekarang saya sudah berjaya melanjutkan pengajian di Universiti. Alhamdulillah "

~Syafiq, Shah Alam.

 

Testimoni 3

" Saya mempunyai sebuah restoran yang dibuka pada tahun 2005. Pada mulanya, perniagaan saya amat maju dan semakin berkembang. Tetapi, pada pertengahan tahun 2006, secara tiba-tiba sahaja, pelanggan seakan-akan tidak nampak restoran saya. Ada yang sudah hampir memasuki restoran saya, tetapi tiba-tiba berpaling dan memasuki restoran lain. Saya segera mengadu hal ini kepada Ustaz Ahmad Dusuki dan beliau telah memberikan CD Al-Rogyah Al-Syare'yah ini kepada saya. Saya pasang CD ini setiap hari di restoran. Alhamdulillah, dengan izin Allah, keadaan semakin pulih dan saya menerima semula pelanggan tetap saya."

~Safwan Rushdi, Klang

 

Testimoni 4

" Saya membeli CD Al-Rogyah Al-Syare'yah selepas mendengar kuliah Ustaz Ahmad Dusuki di Masjid Negeri Shah Alam. Saya mengalami peristiwa yang agak menakutkan untuk dikongsi dengan anda semua. Pada tahun 2006, saya mengupah seorang pembantu rumah Indonesia untuk bekerja dirumah saya. Dia kelihatan ok sahaja. Tetapi, selalu saja memberi alasan jika diajak solat dan mengaji. Pendekkan cerita, pada cuti Aidiladha tahun 2006, semasa dalam perjalanan pulang ke kampung saya di Taiping, saya memasang CD Al-Rogyah Al-Syare'yah didalam kereta. Tiba-tiba, pembantu rumah yang sedang merangkul baby saya menggeletar dan seperti terkena rasukan. Dia melontar baby saya ke depan dan terjatuh ke atas riba saya. Suami saya yang sedang memandu terkejut dan kereta kami terbabas. Alhamdulillah, baby saya ok dan kami semua terselamat dari peristiwa tersebut. Rupa-rupanya, pembantu rumah saya ada mengamalkan ilmu hitam yang dibawanya dari Indonesia. Alhamdulillah, selepas dari peritiwa ini, saya semakin berwasapda dan mengamalkan ayat-ayat Al-Rogyah Al-Syare'yah sebagai pendinding kelurga saya. "

~Puan Siti, Shah Alam

 

Testimoni 5

" Hampir setahun saya meninggalkan isteri dan anak-anak krn tidak boleh melihat muka masing-masing. Saya tlh mengambil keputusan utk meceraikan isteri saya krn mungkin itulah penyelesaian terbaik kpd keluarga kami. Kerana Allah, hanya itulah jalan yg terbaik bagi saya pada masa tu. Tetapi, sesungguhnya Allah Maha Besar, sehari sebelum tarikh penceraian di mahkamah,selepas pulang dari tempat kerja, saya singgah di masjid Sunway untuk bersolat maghrib. Selepas solat, saya mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki. Dipenghujung ceramahnya, ustaz ada mengumumkan tentang CD Al-Rogyah Al-Syare'yah ini dan selepas solat isyak, saya terus membeli CD ini dan pulang ke rumah. Saya pasang CD ini dirumah dan secara tiba-tiba saja, saya berasa sangat pening. Tidak lama kemudian, saya berasa semacam ada sesuatu objek yg besar dan berat keluar dr kepala saya. Selepas itu, saya terus teringatkan dan rindu kpd anak-anak dan isteri saya. Saya terus balik ke rumah isteri dan memeluk isteri dan ank-anak saya. Saya menceritakan peristiwa ni kpd Ustaz Ahmad Dusuki dan beliau mengatakan saya mungkin tlh terkena sihir pemisah.Hanya Allah saja yang maha mengetahui."

~Hamba Allah, Sunway

* Gambar mereka yang menyumbang testimoni tidak dapat disiarkan kerana menjaga privasi mereka dan atas sebab tertentu.

Pakej CD Al-Rogyah Al-Syar'eyah

 

CD1CD 1 - Muqaddimah Terapi.

CD ini mengandungi (bacaan) ayat-ayat Al-Quran yang mengesan 3 jenis penyakit iaitu Gangguan Jin, Sihir dan Saka. Sesuai dipasang bertujuan untuk 'scan' samada anda terkena salah satu diantara 3 penyakit lazim tersebut.

 

CD2CD 2 - Penawar & Perisai daripada Gangguan Jin.

CD ini mengandungi (bacaan) ayat-ayat Al-Quran yang dibaca mengikut kaedah perubatan Islam. Anda digalakkan mendengar CD ini untuk merawat dan menjauhi diri, keluarga dan rumahtangga daripada Gangguan Jin dan penyakit-panyakit yang datang berpunca daripadanya.

 

CD3CD 3 - Penawar & Perisai daripada Sihir.

CD ini mengandungi (bacaan) ayat-ayat Al-Quran yang dibaca mengikut kaedah perubatan Islam. Anda digalakkan mendengar CD ini untuk merawat dan menjauhi diri, keluarga dan rumahtangga daripada Sihir dan penyakit-panyakit yang datang berpunca daripadanya.

 

CD4CD 4 - Penawar Saka.

CD ini mengandungi (bacaan) ayat-ayat Al-Quran yang dibaca mengikut kaedah perubatan Islam. Anda digalakkan mendengar CD ini untuk merawat dan menjauhi diri, keluarga dan rumahtangga daripada Saka dan penyakit-panyakit yang datang berpunca daripadanya.

 

Cara guna :

Pantang :

Info CD :

audiocdnoincarplay24

Pesanan daripada Ustaz Ahmad Dusuki bin Abd. Rani.

tulisAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Selamat Datang ke laman web PendindingDiri.com. Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya dapat lagi kita menikmati Nikmat Iman dan Islam. Disamping itu, kita juga dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala dengan Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup dan Sunnah Nabi sebagai sumber inspirasi didalam menempuhi ranjau hidup kita di dunia ini.

Firman Allah didalam Kalam SuciNya :

ayat2

" Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya ; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa."

 

Kita hidup di dalam dunia Islam yang ter’fitnah’,  Sehinggakan terlalu sukar untuk menilai diantara hakikat kebenaran Islam dan sebaliknya, mencari agama seumpama sedang mencari sebutir permata di tengah panahan kilauan kaca-kaca yang tajam. Ketika saya mula mengadu kepada guru sewaktu saya menuntut di University Al-Azhar, bagaimana  umat Islam di negara saya (Malaysia) lebih menyakini bomoh dan unsur khurafat berbanding Al Quran dan hadis Rasulullah, maka guru saya menjawab “sebenarnya kita berada di Akhir Zaman” . Jawapan yang tepat dan padat.!!

Benarlah apa yang di sebut oleh kekasih kita Rasulullah s.a.w akhir zaman nanti Al-Quran hanyalah sebagai perhiasan dan tidak lagi menjadi amalan dan ikutan. Walhal Allah menurunkan Al Quran sebagai "Hudan wa syifa’un lil mukminin" (petunjuk dan ubat bagi segala penyakit bagi mukmin.

Seperti FirmanNya lagi :

ayat3

" Dan Kami turunkan dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman."

Saya mula menyusun ayat-ayat Ruqyah Syariyyah ini, setelah melihat betapa perlunya bagi setiap individu, keluarga, masyarakat malahan negara menjadikan pertahanan di dalam diri dengan untaian-untaian Al-Quran. Alangkah indahnya, sekiranya di bibir-bibir setiap ummat Muhammad ini membaca dan menghafaz ayat-ayat yang di baca oleh guru saya ini agar setiap nafas dan denyut nadi kita di jalari dengan ayat-ayat Al-Quran ini agar ia menjadi kekuatan bagi setiap di kalangan kita.

Saya melihat dengan mata dan kepala saya sendiri betapa hebatnya Ayat-ayat Al-Quran ini menjadi kehancuran kepada kebathilan pada setiap mentera-mentera serapah ilmu sihir dan gangguan yang tak berkesudahan dari musuh kita Syaitan. Saudara-saudara juga akan melihatnya setelah mana ayat-ayat ini di kumandang dan dihafal serta diamal di dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah. Lihatlah nanti!!

Saya mengharapkan bahagian ilmu yang terdapat ini perlu di dedahkan kepada setiap dikalangan kita supaya dijauhkan dari syirik. Ilmu ini tidak menjadi milik peribadi bahkan ia merupakan secalit ilmu yang Allah kurniakan kepada manusia yang beriman denganNya. Milikilah ia dan beramallah mudahan kita diganjar dengan sebaik-baik pembalasan di Akhirat nanti.

Akhukum Fillah,

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Dapatkan sekarang

Dapatkan...

4CD

4 CD
- Pakej lengkap Siri Perubatan Islam Al-Rogyah Al-Syare'yah

 

+

pamplate

PERCUMA !
2 keping
Pamplate Original terbaru "Cara menutup aurat yang dituntut oleh Islam"

 

 

+

pos ekpres

PERCUMA !
Penghantaran CD melalui Pos Ekspres
-Dijamin sampai esok!* InsyaAllah.

*Zon A dan pada hari bekerja sahaja.

 

 

 

Semuanya bernilai: RM75 RM70 sahaja!

 

TEMPAHAN DIBUKA SETIAP HARI.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kami online setiap hari. Update kali terakhir pada 09/07/2008.

Jika anda pernah membeli CD ini dan ingin menyumbang testimoni, sila hantar testimoni anda kepada pendindingdiri@gmail.com