Skip to: Site menu | Main content

 

 

 

 

 

 

Tahukah Anda?: Ramai diantara masyarakat Islam di Malaysia telah SYIRIK kepada Allah kerana meminta bantuan daripada bomoh atau dukun yang tidak menuruti cara Islam. Mereka bukan hanya tidak sembuh daripada penyakit yang dihadapi, malahan boleh mendatangkan syirik kepada Allah.

“ Sebenarnya ayat-ayat amalan para Ulama yang di warisi Rasulullah s.a.w sudah lama menjadi benteng dan penyembuh untuk DIRI, KELUARGA dan RUMAHTANGGA daripada gangguan makhluk halus* secara berkesan!! ”

* termasuk jin dan manusia

Gunakanlah Al-Quran sebagai PENAWAR! Tiada keraguan dan was-was lagi. InsyaAllah, dengan menuruti kehendak Islam, segala masalah atau penyakit berkaitan makhluk halus YANG LAZIM TERJADI DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA dapat diatasi dengan mudah.

RENUNGAN: Adakah masalah anda akan selesai jika anda berubat dengan ustaz-ustaz yang berkebolehan tetapi anda sendiri tidak mempunyai pendinding diri? Berkemungkinan besar, jika penyakit anda sembuh, 'benda' tersebut akan datang sekali lagi kerana anda lemah dan tidak mempunyai pendinding diri.

 

Kini, anda sendiri boleh merawat dan membenteng diri anda daripada gangguan makhluk halus secara berkesan. InsyaAllah.

________________________________________________________________________________________

Setelah membuat penelitian dan kajian, kami mendapati bahawa terdapat beberapa penyakit dan masalah yang lazim didengari terjadi dalam kalangan masyarakat Malaysia.

soalan1
Masalah Lazim #1 - Gangguan Jin
Jin berkenan atau suka mengganggu. Jin itu sendiri berkenan atau hanya ingin membuat kacau lalu masuk ke dalam diri seseorang. Lazimnya terjadi kepada sesiapa yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri.

arrow

 

Simptom-simptom yang mungkin berlaku:

red Histeria.

red Merasuk (tidak sedarkan diri) semasa di hutan atau di tempat-tempat tertentu.

red Rasa rendah diri

red Ketakutan.

red Tidak dapat menumpukan pada kerja yang dilakukan.

red Diganggu semasa beribadah.

red Terdengar bisikan.

 

Masalah Lazim #2 - Sihir
Dilakukan oleh tukang sihir. Jin diarahkan oleh Tukang Sihir untuk merasuk atau masuk ke dalam diri seseorang atau rumahtangga. Biasanya ia berpunca dari sifat hasad dengki, membalas dendam dan sebagainya.

arrow

 

Simptom-simptom yang mungkin berlaku:

red Lebam pada badan.

red Kesan gigitan pada badan.

red Tidak boleh bangun untuk bekerja dan melakukan aktiviti harian.

red Rasa rendah diri dan tiada keyakinan diri.

red Premis perniagaan tiba-tiba tidak mendapat pelanggan.

red Ternampak bayangan objek di dalam rumah.

red Diganggu semasa beribadah.

red Hubungan didalam keluarga menjadi dingin dan hambar.

red Terkena pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan lain-lain.

 

Masalah Lazim #3- Saka.
Warisan atau tinggalan keturunan. Warisan daripada anggota keluarga terdahulu yang meninggal dunia ataupun sudah diberitahu awal untuk ia (Jin) pergi kepada seseorang setelah tuannya meninggal dunia. Juga boleh terjadi apabila seseorang telah disihir atau terkena gangguan jin lalu meninggal dunia, maka jin tersebut berpindah kepada anak atau cucu mangsa pula.(keturunan).

arrow

 

Simptom-simptom yang mungkin berlaku:

red Mimpi ular, harimau, buaya dan lain-lain.

red Histeria.

red Teringat akan sesorang yang sudah meninggal dunia.

red Ketakutan.

red Terdengar bisikan arahan untuk membuat sesuatu.

red dan pelbagai masalah lain seumpamanya

 

Selain itu, set Perubatan Islam ini juga terbukti ( dengan izin Allah Ta'ala) dapat menyembuhkan dan mencegah penyakit lain seperti:arrow

red Santau

red Susuk

red Pukau

red Anak-anak yang degil dan tidak mendengar arahan

red Perniagaan/premis yang disihir.

red Perbalahan suami-isteri

red Pendarahan yang berterusan ( istihadhah)

red Anak-anak menangis diwaktu malam

red dan segala masalah kejiwaan dan konflik rohani serta fizikal...

 

 

AA
Al-Rogyah Al-Syare’yah adalah wirid-wirid (bacaan) perlindung diri yang terdapat didalam Al-Quran dan Hadith. Ayat-ayat ini juga telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w semasa hayat Baginda. Kini, para ulama telah menetapkan beberapa ayat didalam Al-Quran yang boleh menjadi pendinding diri dan penawar segala penyakit kerohanian.

 

kelebihan

yes1 Membaca dan mengamal Al-Rogyah Al-Syare’yah adalah menghidupkan Sunnah Rasulullah S.A.W yang saat ini hampir dilupai dan hilang dalam kalangan masyarakat kita.

yes1 Melakukan terapi menggunakan Al-Rogyah Al-Syare’yah adalah satu cara untuk menghindari dari melakukan syirik iaitu menggunakan khidmat bomoh atau dukun.

tip
Pengamal perubatan Islam adalah mereka yang menggunakan ayat Al-Rogyah Al-Syare’yah dan membacanya secara terang dan jelas serta dapat didengari. Jika ada yang membaca secara berkumat-kamit dan aneh bacaannya serta menggunakan asap (kemenyan) semasa terapi dijalankan, berkemungkinan ianya menggunakan jin dan tidak mengikut cara pengubatan Islam yang betul. Ketahui lebih lanjut :

 

yes1 Membacanya adalah satu ibadah kerana hampir semua yang terdapat dalam susunan Al-Rogyah Al-Syare’yah adalah daripada ayat Al-Quran.

yes1 Melakukan Al-Rogyah Al-Syare’yah secara bersungguh-sungguh dan ikhlas adalah terapi dan pendinding kepada diri, keluarga dan rumahtangga dari gangguan manusia, jin dan syaitan.

yes1 Al-Rogyah Al-Syare’yah adalah terapi yang mudah dan murah dengan hasil yang istimewa. Ini adalah bukti bahawa Islam adalah agama yang mudah untuk dikaji dan mudah untuk diamalkan.

tip
Mengamal dan membaca Al-Rogyah Al-Syare’yah bukannya khusus kepada orang yang sedang menderita terkena gangguan sahaja tetapi sangat sesuai dijadikan pendinding diri kepada semua. Islam menggalakkan umatnya mencegah dan membuat persediaan dari mengubati.

 

testimoni

Testimoni 1

Tersiar di Akhbar Bacaria bertarikh 7 Jun 2006 : Laporan khas mengenai peristiwa yang berlaku kepada keluarga En. Jamal Hasyim selapas menggunakan CD Al-Roqyah Al-Syare'yah.

bacaria1

bacari2

bacaria3

bacaria4

 

Testimoni 2

Melalui pengalaman sahabat terdekat : " Dulu saya terkena gangguan Jin yang menyebabkan saya tidak boleh fokus kepada pelajaran. Yang paling teruk, saya langsung tidak boleh menjejakkan kaki ke sekolah. Ada saja yang tak kena. Berasa malas, sedih, dan serba tak kena. Akhirnya, selepas mendapatkan rawatan daripada Ustaz Ahmad Dasuki, beliau menyarankan saya mendengar CD Al-Rogyah Al-Syare'yah ini. Alhamdulillah, sekarang saya sudah kembali pulih. Dengan izin Allah juga, sekarang saya sudah berjaya melanjutkan pengajian di Universiti. Alhamdulillah "

~Syafiq, Shah Alam.

 

Testimoni 3

Melalui aduan kepada Ustaz Ahmad Dusuki : " Saya mempunyai sebuah restoran yang dibuka pada tahun 2005. Pada mulanya, perniagaan saya amat maju dan semakin berkembang. Tetapi, pada pertengahan tahun 2006, secara tiba-tiba sahaja, pelanggan seakan-akan tidak nampak restoran saya. Ada yang sudah hampir memasuki restoran saya, tetapi tiba-tiba berpaling dan memasuki restoran lain. Saya segera mengadu hal ini kepada Ustaz Ahmad Dusuki dan beliau telah memberikan CD Al-Rogyah Al-Syare'yah ini kepada saya. Saya pasang CD ini setiap hari di restoran. Alhamdulillah, dengan izin Allah, keadaan semakin pulih dan saya menerima semula pelanggan tetap saya."

~Safwan Rushdi, Klang

 

Testimoni 4

Melalui aduan kepada Ustaz Ahmad Dusuki : " Saya membeli CD Al-Rogyah Al-Syare'yah selepas mendengar kuliah Ustaz Ahmad Dusuki di Masjid Negeri Shah Alam. Saya mengalami peristiwa yang agak menakutkan untuk dikongsi dengan anda semua. Pada tahun 2006, saya mengupah seorang pembantu rumah Indonesia untuk bekerja dirumah saya. Dia kelihatan ok sahaja. Tetapi, selalu saja memberi alasan jika diajak solat dan mengaji. Pendekkan cerita, pada cuti Aidiladha tahun 2006, semasa dalam perjalanan pulang ke kampung saya di Taiping, saya memasang CD Al-Rogyah Al-Syare'yah didalam kereta. Tiba-tiba, pembantu rumah yang sedang merangkul baby saya menggeletar dan seperti terkena rasukan. Dia melontar baby saya ke depan dan terjatuh ke atas riba saya. Suami saya yang sedang memandu terkejut dan kereta kami terbabas. Alhamdulillah, baby saya ok dan kami semua terselamat dari peristiwa tersebut. Rupa-rupanya, pembantu rumah saya ada mengamalkan ilmu hitam yang dibawanya dari Indonesia. Alhamdulillah, selepas dari peritiwa ini, saya semakin berwasapda dan mengamalkan ayat-ayat Al-Rogyah Al-Syare'yah sebagai pendinding kelurga saya. "

~Puan Siti, Shah Alam

 

Testimoni 5

Melalui aduan kepada Ustaz Ahmad Dusuki : " Hampir setahun saya meninggalkan isteri dan anak-anak krn tidak boleh melihat muka masing-masing. Saya tlh mengambil keputusan utk meceraikan isteri saya krn mungkin itulah penyelesaian terbaik kpd keluarga kami. Kerana Allah, hanya itulah jalan yg terbaik bagi saya pada masa tu. Tetapi, sesungguhnya Allah Maha Besar, sehari sebelum tarikh penceraian di mahkamah,selepas pulang dari tempat kerja, saya singgah di masjid Sunway untuk bersolat maghrib. Selepas solat, saya mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki. Dipenghujung ceramahnya, ustaz ada mengumumkan tentang CD Al-Rogyah Al-Syare'yah ini dan selepas solat isyak, saya terus membeli CD ini dan pulang ke rumah. Saya pasang CD ini dirumah dan secara tiba-tiba saja, saya berasa sangat pening. Tidak lama kemudian, saya berasa semacam ada sesuatu objek yg besar dan berat keluar dr kepala saya. Selepas itu, saya terus teringatkan dan rindu kpd anak-anak dan isteri saya. Saya terus balik ke rumah isteri dan memeluk isteri dan ank-anak saya. Saya menceritakan peristiwa ni kpd Ustaz Ahmad Dusuki dan beliau mengatakan saya mungkin tlh terkena sihir pemisah.Hanya Allah saja yang maha mengetahui."

~Hamba Allah, Sunway

 

Testimoni 6

Melalui perbualan telefon : " Saya terkena sihir sejak beberapa tahun yang lalu. Sudah puas saya kesana-kemari untuk berubat. Sudah ramai sstaz-ustaz yang saya dah jumpa tetapi sakit saya ni belum pulih sepenuhnya. Kadang-kadang saya rasa putus asa. Akhirnya bila saya jumpa ayat-ayat pendinding diri dan penyembuh ini, saya rasa ianya telah memberi kesan yang positif terhadap saya. Saya semakin kuat dan bersemangat untuk mengubati penyakit saya. "

~Hamba Allah.

* Kami menerima banyak testimoni sejak tahun 2006. Tetapi kebanyakkannya tidak memberi keizinan untuk kami siarkan kepada umum. Kami juga tidak boleh menyiarkan gambar pesakit diatas sebab tersebut.

 

______________________________________________________________________________

pesanan

ustaz

 

Assalamua'laikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Selamat Datang ke laman web PendindingDiri.com.

Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya dapat lagi kita menikmati Nikmat Iman dan Islam. Disamping itu, kita juga dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala dengan Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup dan Sunnah Nabi sebagai sumber inspirasi didalam menempuhi ranjau hidup kita di dunia ini.

Firman Allah :

ayat2

" Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya ; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa."

Saudara sekalian, sebenarnya kita kini hidup di dalam dunia Islam yang ter’fitnah’,  Sehinggakan terlalu sukar untuk menilai diantara hakikat kebenaran Islam dan sebaliknya. Mencari agama seumpama sedang mencari sebutir permata di tengah panahan kilauan kaca-kaca yang tajam. Hakikat ini mula saya sedari ketika saya mula mengadu kepada seorang guru sewaktu saya menuntut di University Al-Azhar, bagaimana  umat Islam di negara saya (Malaysia) lebih meyakini bomoh dan unsur khurafat berbanding Al Quran dan hadis Rasulullah, maka guru saya menjawab “sebenarnya kita berada di Akhir Zaman” . Jawapan yang tepat dan padat.!!

Benarlah apa yang di sebut oleh kekasih kita Rasulullah s.a.w akhir zaman nanti Al-Quran hanyalah sebagai perhiasan dan tidak lagi menjadi amalan dan ikutan. Walhal Allah ada menyebut didalam kalamNya :

ayat1

" Dan Kami turunkan dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman."

Saya mula menyusun ayat-ayat Al-Rogyah Al-Syare'yah ini setelah melihat betapa perlunya bagi setiap individu, keluarga, masyarakat malahan negara menjadikan pertahanan di dalam diri dengan untaian-untaian Al-Quran. Alangkah indahnya, sekiranya di bibir-bibir setiap ummat Muhammad ini membaca dan menghafaz ayat-ayat yang di baca oleh guru saya ini agar setiap nafas dan denyut nadi kita di jalari dengan ayat-ayat Al-Quran ini agar ia menjadi kekuatan bagi setiap di kalangan kita.

Saya melihat dengan mata dan kepala saya sendiri betapa hebatnya Ayat-ayat Al-Quran ini menjadi kehancuran kepada kebathilan pada setiap mentera-mentera serapah ilmu sihir dan gangguan yang tak berkesudahan dari musuh kita Syaitan. Saudara-saudara juga akan melihatnya setelah mana ayat-ayat ini di kumandang dan dihafal serta diamal di dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah. Lihatlah nanti!!

Saya mengharapkan bahagian ilmu yang terdapat ini perlu di dedahkan kepada setiap dikalangan kita supaya dijauhkan dari syirik. Ilmu ini tidak menjadi milik peribadi bahkan ia merupakan secalit ilmu yang Allah kurniakan kepada manusia yang beriman denganNya. Milikilah ia dan beramallah, mudah-mudahan kita diganjar dengan sebaik-baik pembalasan di Akhirat nanti. InsyaAllah.

Akhukum Fillah,

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Ustaz Ahmad Dusuki di Media.

1. Tersiar di Akhbar Bacaria bertarikh 9 Ogos 2008 dan 13 September 2008 : Laporan khas mengenai peristiwa yang berlaku kepada keluarga En. Jamal Hasyim selapas menggunakan CD Al-Roqyah Al-Syare'yah.

terbaru1

terbaru2

2. Tersiar di Majalah Mastika keluaran April 2008.

mastika1

mastika2

mastika3

 

______________________________________________________________________________

pakej cd

logo

cd1

CD 1

- Muqaddimah Terapi.

CD ini mengandungi (bacaan) ayat-ayat Al-Quran yang mengesan 3 jenis penyakit iaitu Gangguan Jin, Sihir dan Saka. Sesuai dipasang bertujuan untuk 'scan' samada anda terkena salah satu diantara 3 penyakit lazim tersebut.

 

cd2

CD 2

- Penawar & Perisai daripada Gangguan Jin.

CD ini mengandungi (bacaan) ayat-ayat Al-Quran yang dibaca mengikut kaedah perubatan Islam. Anda digalakkan mendengar CD ini untuk merawat dan menjauhi diri, keluarga dan rumahtangga daripada Gangguan Jin dan penyakit-panyakit yang datang berpunca daripadanya.

 

cd3

CD 3

- Penawar & Perisai daripada Sihir.

CD ini mengandungi (bacaan) ayat-ayat Al-Quran yang dibaca mengikut kaedah perubatan Islam. Anda digalakkan mendengar CD ini untuk merawat dan menjauhi diri, keluarga dan rumahtangga daripada Sihir dan penyakit-panyakit yang datang berpunca daripadanya.

 

cd4

CD 4

- Penawar & Perisai daripada Saka.

CD ini mengandungi (bacaan) ayat-ayat Al-Quran yang dibaca mengikut kaedah perubatan Islam. Anda digalakkan mendengar CD ini untuk merawat dan menjauhi diri, keluarga dan rumahtangga daripada Saka dan penyakit-panyakit yang datang berpunca daripadanya.

 

Cara guna :

  • Pengguna digalakkan memasang CD ini secara volume tinggi 24 jam dirumah atau di tempat kerja sebagai langkah pendinding diri dan rawatan.

  • Bagi pesakit, dengar dan hayati bacaan CD ini sehingga berasa pulih.

  • Ikuti bacaan dan amalkan ayat-ayat Al-Rogyah Al-Syare'yah ini sebagai pendinding diri anda.

 

Info CD :

  • CD ini hanya mengandungi bacaan ayat-ayat Al-Rogyah Al-Syare'yah yang terkandung di dalam Al-Quran dan dibaca oleh Pakar Perubatan Islam , Syeikh Faris Abad  dari Yaman (bacaan mengikut teknik perubatan Islam).

  • Panjang setiap CD lebih kurang 1 jam.

  • CD ini adalah Audio CD bukannya Video CD.

  • Boleh dipasang di komputer,radio dan sebagainya.

 

Pantang :

  • Elakkan dari mendengar di dalam kereta yang bergerak kerana bimbang akan terjadi sesuatu yang tidak diingini. (kes sebegini pernah terjadi kepada salah seorang pengguna CD ini)
  • Dilarang copy atau duplicate CD ini.

 

 

dapatkan

4cd

4 CD

Pakej lengkap Set Audio CD Al-Rogyah Al-Syare'yah.

+

pamplate

PERCUMA !

2 keping

Pamplate terbaru " CARA-CARA MENUTUP AURAT YANG DITUNTUT OLEH ISLAM". Pamplate ini dikeluarkan oleh Rumah Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah.

+

POS

PERCUMA !

Kos Pos Ekspres

Penghantaran akan dibuat melalui Pos Ekspres. Dijamin sampai esok bagi kawasan Zon A. (Jaminan ini dibuat oleh Pos Ekspres dan hanya dikira selepas kami membuat penghantaran.)

=

Semuanya bernilai : RM75 RM70 sahaja!

tempah

 

siapa

Pesakit yang sudah mengetahui bahawa sudah terkena gangguan makhluk halus.

Individu yang lemah semangat.

Suami-isteri atau rumah tangga yang dingin.

Pengusaha restoran atau premis perniagaan.

Individu yang mengalami simptom-simptom yang disebut diatas.

Pelajar, guru atau pekerja yang selalu berada dalam keadaan stress atau tertekan.

Individu atau keluarga yang baru berpindah atau memasuki rumah baru.

dan seseiapa sahaja yang ingin mengguanakn Al-Quran sebagai PENAWAR atau Syifa' untuk mendapat Perlindungan daripada Allah SWT.

 

Jika anda termasuk didalam senarai diatas dan berminat untuk memiliki CD ini, tempahlah sekarang. Tempahan dibuka setiap hari. InsyaAllah.

tempah