Skip to: Site menu | Main content

Tahukah anda...

Ramai diantara kita yang telah syirik kepada Allah dengan meminta bantuan daripada bomoh yang menggunakan mentera-mentera serta jampi yang tidak menuruti kehendak Islam.

Jauhilah syirik, Carilah Redha Allah.

 

Soalan Jawab

Segala masalah mengenai sihir dan sebagainya sila hantar emel dengan tajuk emel : "Soal Jawab" ke pendindingdiri@gmail.com

InsyaAllah, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani akan menjawab soalan tersebut secepat mungkin.

Soalan yang terpilih disiarkan di laman web ini akan mendapat Hadiah Istimewa daripada PendindingDiri.com. Terima Kasih.

Cara guna.

Soalan : Bagaimanakah cara menggunakan CD Al-Rogyah _Al-Syare'yah ini? (Hamba Allah, Shah Alam.)

Jawapan : Langkah pertama adalah anda hanya perlu memasang CD ini. Digalakkan anda pasang di dalam rumah dan dengar seisi keluarga. Bagi mereka yang terkena gangguan, biasanya akan terjadi perkara-perkara yang tidak normal seperti :

Jika salah seorang daripada ahli keluarga anda terjadi perkara seperti tersebut, langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah tutup dahulu CD Al-Rogyah Al-Syare'yah ini. Selepas dia kembali normal, anda pasang CD ini sekali lagi. Begitulah seterusnya sehingga pesakit tersebut pulih. Mengikut pengalaman dan aduan sebelum ini, JIN yang menganggu pesakit tersebut akan keluar apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran ini. Jika ia masih bertahan, Jin tersebut berkemungkinan akan terbakar dan mati.

Berusahalah dan jangan berputus asa dengan Allah. InsyaAllah, ujian yang melanda diri kita akan diganjari pahala yang besar.

Jauhilah Syirik, Carilah Redha Allah.

Menghafal ayat.

Soalan : Bolehkah saya menghafal dan ayat-ayat Al-Rogyah Al-Syare'yah ini? ( Hamba Allah, Shah Alam)

Jawapan : Boleh. Malah, boleh dikatakan wajib bagi semua umat Islam menghafal dan mengamal ayat-ayat Al-Rogyah Al-Syare'yah ini kerana ianya ayat-ayat Al-Quran dan boleh menjadi pendinding diri (dengan izin Allah).

Tanda-tanda bomoh yang tidak mengikut ciri perubatan Islam.

Soalan : Apakah tanda-tanda yang dapat dilihat pada bomoh atau dukun yang tidak mengikut ciri perubatan Islam? ( Muhammad, K.Lumpur )

Jawapan : Disana terdapat banyak tanda-tanda yang kita dapat lihat. Diantaranya :